Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahmad Said dakwa dipujuk sertai PAS
Diterbitkan:  May 15, 2014 11:37 AM
Dikemaskini: 10:55 AM

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendakwa beliau bertanggungjawab menghalang lebih ramai wakil rakyat Umno keluar parti ketika krisis politik di negeri tersebut memuncak sejak dua hari lalu.

Beliau juga mendakwa tindakan itu berjaya menghalang PAS daripada memperolehi majoriti di DUN Terengganu dan membentuk pentadbiran baru.

Katanya, jika empat atau lima wakil rakyat Umno keluar parti ketika itu PAS akan memerintah negeri itu dengan jumlah kerusi DUN yang dimiliki lebih tinggi.

Dalam suasana getir itu, PAS turut berusaha memujuk beliau untuk menyertai parti Islam tersebut, dakwanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian .

Ahmad mendakwa dipujuk berkali-kali oleh beberapa orang anggota PAS untuk menyertai parti Islam tersebut namun menolak tawaran berkenaan.

“(Ahli PAS) bertalu-talu datang, mereka suruh saya buat keputusan cepat tapi saya tolak tawaran itu dan saya tegaskan saya tak mahu bertemu mereka lagi.

“Saya sayang Umno, sebab itulah hanya tiga sahaja ADUN Umno yang umum keluar parti walaupun sebenarnya ada beberapa lagi (yang mahu berbuat demikian),” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad tidak menyebut individu mahupun kumpulan yang menemuinya untuk mempelawa beliau menyertai parti Islam itu.

ADS