Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

TELUK INTAN Sebuah parti politik yang mesra BN didakwa telah memberi borang permohonan tanah kepada pengundi India dalam usahanya menarik sokongan mereka kepada BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan esok.

Borang itu dikatakan diedar oleh petugas kempen parti Barisan Progresif India (IPF) semasa mereka membuat kunjungan rumah ke rumah.

Malaysiakini ternampak borang tersebut selepas dimaklumkan oleh DAP.

Ia memerlukan mereka yang berminat menyertai parti itu untuk memohon mendapatkan borang tersebut yang menyatakan bahawa ia juga merupakan satu permohonan automatik untuk sebidang tanah pertanian di bawah program 'Perancangan Pertanian'.

Permohonan itu perlu diluluskan oleh "ketua bahagian IPF" dan kemudian oleh "ibupejabat IPF".

Bagaimanapun, Malaysiakini setakat ini belum dapat dapat menghubungi parti itu bagi mengesahkan dakwaan tersebut, atau kesahihan dokumen berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS