Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Polis patut bertindak dalam kes Deepa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata polis sepatutnya bertindak sewajarnya untuk memastikan anak S Deepa dikembalikan kepada wanita tersebut.

Deepa merupakan penjaga yang berhak ke atas kanak-kanak terbabit, katanya.

Menteri hal ehwal undang-undang itu merujuk kepada tindakan bekas suami Deepa, seorang mualaf yang merampas anak lelaki pasangan terbabit selepas satu keputusan Mahkamah Tinggi Seremban memihak kepada ibu.

"Bagi saya, berdasarkan bacaan saya, polis sepatutnya mengambil anak daripada bapa dan memulangkan (anak tersebut) kepada ibu.

"Saya fikir mahkamah bertindak adil dalam keputusannya," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur pagi ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS