Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) berang dengan amalan baru apabila graduan dikenakan bayaran untuk mencetak sijil mereka.

Mereka menggelarkan sebagai skim “skrol untuk dijual”.

Setiausaha Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Joycelyn Chu berkata, universiti memutuskan memulakan perkara itu pada Julai.

Pengurusan kemudiannya hanya akan mengeluarkan sijil dalam bentuk digital sahaja. Versi cetakan hanya akan dikeluarkan jika terdapat permintaan dan dikenakan bayaran.

Menurutnya lagi, bayaran RM50 dikenakan untuk mahasiswa tempatan manakala RM70 untuk mahasiswa antarabangsa.

“Ini nampaknya seperti institusi pengajian tinggi menjual skrol mereka,” kata Joycelyn.

Malaysiakini sudah menghubungi Timbalan Naib Cancelor (Akademik) UM Prof Hamdi Abdul Shukor dan masih menunggu jawapannya.

[Baca berita penuh]

ADS