Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penjawat awam diingat agar mematuhi peraturan kerja sepanjang musim Piala Dunia 2014 yang bermula awal pagi esok, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (Operasi) Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Beliau berkata JPA tidak menghalang penjawat awam menonton televisyen bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia serta menyokong mana-mana pasukan yang mereka suka, namun jangan sampai menjejaskan prestasi dan tugas mereka.

"Kalau masuk kerja pukul 8 pagi, maka masuklah kerja pukul 8 pagi dengan penuh dedikasi seperti mana mereka menonton Piala Dunia itu dengan penuh dedikasi," katanya pada sidang media selepas penutupan Hari Terbuka Psikologi Zon Selatan anjuran bersama JPA dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

di Seremban hari ini.

Zainal Rahim juga berkata ketua jabatan sudah sedia maklum dan akan memantau perkara itu serta mengambil tindakan tatatertib ke atas mana-mana individu yang melanggar peraturan.

Menyentuh program hari ini, beliau berkata ia merupakan inisiatif turun padang JPA dalam usaha mendekati pelanggan bagi mendengar serta melihat sendiri keperluan serta ekspektasi mereka terhadap perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

- Bernama

ADS