Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
YTL Power tarik diri sertai projek loji tenaga
Diterbitkan:  Jun 18, 2014 7:41 PM
Dikemaskini: 11:45 AM

YTL Power International Bhd hari ini membuat keputusan untuk tidak menyertai projek loji tenaga yang dikenali 4A di Johor, disebabkan salah tanggapan mengenainya.

    

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata keputusan itu dibuat bagi melenyapkan keraguan ke atas komitmen kerajaan dalam memupuk ketelusan dan pentadbiran yang baik, lapor Bernama.

"YTL Power mengalu-alukan mana-mana peluang untuk

mengambil bahagian dalam projek ini atau keperluan kapasiti baru melalui asas persaingan dan bersedia untuk berbuat demikian pada jangka masa yang singkat.

    

"Kami kekal komited untuk melabur dalam negara ini di bawah kepimpinan kerajaan hari ini dan menyokong Program Transformasi Ekonomi," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS