Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO dirasmikan Rosmah akur perintah Ku Nan
Diterbitkan:  Jul 4, 2014 5:16 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Satu NGO yang didukung oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi pertubuhan pertama yang tunduk pada arahan kerajaan untuk tidak memberi makanan kepada golongan miskin di kawasan tumpuan pelancong Kuala Lumpur.

Kechara Soup Kitchen, yang dirasmikan Rosmah pada Mac 2011, memutuskan untuk tidak lagi memberi makan kepada golongan tersebut dalam lingkungan kawasan larangan yang ditetapkan.

Pengarah projek Kechara, Justin Cheah ketika dihubungi Malaysiakini menyebut, mereka akan mematuhi arahan dikeluarkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, Kechara akan terus mengagih makanan kepada golongan miskin dan gelandangan di luar zon larangan tersebut.

Buat masa ini, NGO tersebut mengagih makanan antara jam 11 pagi hingga 1 petang di luar pusat operasinya di Jalan Imbi, yang berada dalam kawasan larangan.

“Perkhidmatan ini akan dihentikan. Tapi kita akan teruskan di kawasan lain," katanya.

Program diusahakan Kechara itu dirasmikan oleh Rosmah dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pada masa itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pendirian Kechara itu berbeza dengan satu lagi kumpulan sukarelawan, Dapur Jalanan Kuala Lumpur yang bertegas untuk terus mengagih makanan di kawasan operasi mereka di Jalan Panggung, dekat kawasan tumpuan Jalan Petaling.

[Baca berita penuh]

ADS