Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat AirAsia tergelincir landasan di Brunei
Diterbitkan:  Jul 7, 2014 6:55 PM
Dikemaskini: 1:32 PM

Situasi panik melanda pesawat AirAsia apabila ia tergelincir landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 4 petang ini.

Seorang penumpang mengalami kecederaan ringan ketika proses pengosongan daripada pesawat itu.

Mengesahkan perkara itu, AirAsi berkata seramai 102 penumpang dan tujuh anak kapal menaiki penerbangan AK278 itu.

Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, penerbangan itu berlepas dari Kuala Lumpur dan dijadualkan mendarat di Bandar Seri Begawan pada 4 petang sebelum tergelincir "sedikit" di landasan semasa hendak mendarat, lapor Bernama .    

    

"Kakitangan perkhidmatan kami kini membantu memenuhi keperluan semua penumpang terbabit," menurut kenyataan itu.

    

Bagaimanapun, untuk mengenal pasti punca insiden, kumpulan syarikat penerbangan itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan akan memaklumkan maklumat terkini sepatutnya.

[Baca berita penuh]

ADS