Isteri PM: Jangan boros sangat belanja raya
Diterbitkan: Jul 17, 2014 2:26 PM | Dikemas kini: Jul 17, 2014 4:22 PM
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan orang ramai tidak berbelanja dengan boros untuk menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri hujung bulan ini.
Katanya, walaupun banyak jualan murah sedang berlangsung di ibu kota, Rosmah menasihatkan wang sumbangan daripada MRCB yang disampaikannya disimpan untuk pendidikan anak dan perubatan.
“Jadi janganlah boros sangat, nak beli baju raya, satu dua pasang cukup.
“Satu pasang RM60, dua pasang jadi RM120. (Wang) yang lebih kita simpan,” katanya dalam majlis sumbangan Ehsan MRCB sempena Ramadan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Beliau juga berharap penerima sumbangan itu akan menghargainya dan berbelanja secara sederhana.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.