Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kami akan serah kotak hitam pada pakar'
Diterbitkan:  Jul 21, 2014 12:31 PM
Dikemaskini: 4:51 AM

Seorang pemimpin pemisah pro-Rusia mengesahkan mereka mempunyai apa yang kumpulan itu percayai kotak hitam MH17, tetapi berkata ia perlu pakar untuk mengesahkannya, lapor Reuters.

"Beberapa barangan, mungkin kotak hitam, telah ditemui, dan mereka telah dihantar ke Donetsk dan ia dalam kawalan kami.

"Tidak ada pakar di kalangan kami yang boleh menentukan rupa kotak hitam, tetapi kami membawanya ke Donetsk beberapa barangan teknikal yang mungkin kotak hitam pesawat itu," kata Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk, Aleksander Borodai yang dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata, kotak hitam itu akan diserahkan kepada pakar-pakar antarabangsa, sebaik sahaja mereka tiba.

Pesawat Malaysia Airlines MH17 dengan 298 orang di dalamnya terhempas di timur Ukraine pada kira-kira jam 10.15 malam pada 17 Julai (waktu Malaysia), berhampiran sempadan Ukraine-Rusia. Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijadual tiba pada jam 6 pagi hari berikutnya.

         

Perang sedang berlaku di kawasan itu antara

kerajaan Ukraine yang disokong Barat dengan kumpulan pemisah Ukraine yang disokong oleh Rusia. Ia dikatakan krisis paling teruk antara Barat dan bekas republik Soviet sejak Perang Dingin.

     

Ukraine dan Amerika Syarikat mengatakan mereka yakin pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara dari wilayah yang dikuasai oleh pemberontak Ukraine.

         

Presiden Rusia Vladimir Putin telah menyalahkan tragedi itu ke atas kerajaan Ukraine untuk memanjangkan perang menentang puak pemisah, tetapi tidak secara langsung menangani pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS