Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi disiasat kes hasutan isu surat Bank Rakyat

Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini berdepan dengan siasatan kes hasutan ketiga dalam tempoh kurang lima bulan.

Kali ini ia mengenai pendedahan sebuah surat dari seorang menteri kepada Bank Rakyat, yang didakwa meminta layanan baik diberikan kepada seorang ahli perniagaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Rafizi memberitahu beliau disoal siasat selama dua jam bermula jam 11 pagi di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

"Selepas saya dedahkan surat menteri itu kepada Bank Rakyat, satu laporan polis dibuat terhadap saya oleh satu NGO di Petaling Jaya mendakwa perbuatan itu bersifat menghasut.

"Jadi polis mulakan siasatan," kata beliau yang juga pengarah strategi PKR.

Rafizi berkata beliau tidak diberitahu NGO mana yang membuat laporan polis terhadapnya.

Pada Rabu lalu, Rafizi yang juga pengasas Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan(NOW) mendedahkan kepada media berhubung surat yang didakwa dihantar Menteri Perdagaan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hasan Malek kepada BankRakyat

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS