Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali masih enggan mengulas berhubung pencalonannya sebagai pengganti menteri besar Selangor oleh PAS di samping presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

“Saya belum dimaklumkan secara rasmi. Petang ini kita akan ada mesyuarat tergempar (Pakatan Rakyat) pukul 3 petang.

“Tempat tidak diberitahu lagi. Lepas itu saya akan komen selepas bincang dengan pimpinan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mendoakan yang terbaik bagi menyelesaikan krisis dalam pentadbiran Selangor sedia ada.

“Kita doa yang terbaik,” katanya.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Azmin sebagai pengganti Khalid di samping Wan Azizah.

Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.

Lihat Komen
ADS