Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini berkata, kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibuat secara terbuka hari ini selepas “lama bersabar”.

Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu berkata, Mahathir mempunyai hak “untuk kecewa dan bersifat kritikal” terutamanya selepas “secara literal” menaikkannya di pada awal penglibatannya.

“Saya percaya Mahathir meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap Najib. Bila Mahathir menjadi PM, beliau jadikan Najib menteri besar (Pahang) termuda dalam sejarah. Beliau sentiasa melindungi Najib,” kata Kadir.

Mahathir hari ini menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Kadir berkata, Mahathir melindungi Najib dalam “keadaan paling buruk”, termasuk ketika terdapat pihak dalam Umno cuba menghalangnya meningkat naik dalam parti itu.

Kadir berkata, Mahathir sentiasa mengutamakan Najib dan hanya memilih Abdullah menggantikanya selepas meletakkan jawatan pada 2003 kerana mahukan seorang perdana menteri yang boleh berdepan dengan PAS.

“Apabila Abdullah tidak menunjukkan prestasi yang baik, Mahathir tidak ragu-rahu lagi menjadi kritikal padanya dan mendesaknya meletakkan jawatan, kerana beliau percaya Najib sudah bersedia mengambil alih,” kata Kadir.

Bagaimanapun, katanya Kadir, Mahathir silap apabila selepas mengambil alih pentadbiran, beliau menjarakkan dirinya daripada bekas perdana menteriitu dan tidak menerima nasihatnya dalam banyak perkara.

“Jika beliau kata menyesal (pilih Najib), saya percaya beliau ada alasan mengatakannya,” katanya.

Ditanya sama ada kiritikan itu akan memberikan kesan kepada Najib, Kadir berkata ia terpulangkan kepada beliau untuk mendengar nasihat di sekelilingnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS