Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes separuh bogel: Model didenda RM400
Diterbitkan:  Aug 27, 2014 12:57 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Dua orang model mengaku salah atas tuduhan “menimbulkan kegusaran awam” melalui tindakan mereka berpakaian separuh bogel ketika satu sesi fotografi di Ipoh.

Laporan Berita Harian menyebut, tuduhan dijalankan ke atas model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan seorang lagi model wanita gandingannya, How Jo Yee, 21.

Kedua-dua tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Majistret Ipoh, lapor akhbar tersebut.

Majistret Haslinda A Raof seterusnya menjatuhkan hukuman denda RM400 setiap seorang. Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, laporan Sinar Harian pula menyebut pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengganggu kententeraman awam dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 undang-undang sama.

Lihat Komen
ADS