Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'MB mengarut, pejabatnya yang draf surat'
Diterbitkan:  Aug 27, 2014 6:13 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'mengarut' dan mengesahkan bahawa parti-parti Pakatan Rakyat hanya mengemukakan nama Khalid untuk jawatan menteri besar kepada istana selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Dalam SMS kepada Malaysiakini, Pua berkata tidak pernah ada lebih daripada satu nama yang dihantar kepada istana untuk jawatan MB.

"Malah, pejabat Khalid yang mendraf surat itu kepada istana untuk mencalonkan diri bagi pihak kami," katanya.

Petang tadi, Khalid menolak hujah PKR dan DAP bahawa ia akan mengemukakan satu nama sahaja, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kepada istana untuk menjadi menteri besar yang baru, berdasarkan kepada konvensyen yang lalu.

Sebaliknya, Khalid mendakwa parti-parti Pakatan mengemukakan lebih daripada satu nama, termasuk namanya, kepada istana selepas dua pilihan raya umum sebelum ini.

Kemudian, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah menafikannya, dengan mendakwa bahawa hanya nama Khalid yang dikemukakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS