Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis Peguam akan lancar kempen anti Akta Hasutan

Jawatankuasa Peguam Muda Majlis Peguam (NYLC) akan melancarkan kempen sepanjang tahun untuk menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948. 
 
Ketua NYLC, Syahredzan Johan (kiri) berkata selain menuntut  pemansuhan Akta Hasutan, kempen itu juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai akta tersebut dan membina sokongan pemansuhannya.
 
Menurutnya Kempen itu adalah ekoran kes-kes pendakwaan dan siasatan di bawah Akta Hasutan sejak beberapa bulan lepas, di mana empat ahli politik pembangkang dan pensyarah undang-undang Azmi Sharom, telah diheret ke mahkamah. 
 
Untuk mencapai matlamatnya, Syahredzan memberitahu Malaysiakini bahawa sebuah jawatankuasa kerja dengan kira-kira 50 ahli akan merangka satu senarai "soalan yang kerap ditanya" tentang akta dan berhubungan dengan orang ramai secara online, seperti melalui Twitter hashtag#mansuhaktahasutan (mansuh akta hasutan). 
 
Selain itu, beliau berkata jawatankuasa itu akan turut melibatkan orang ramai di kawasan luar bandar juga, dengan bekerjasama dengan NGO yang sedia ada dan parti-parti politik untuk memanfaatkan saluran komunikasi mereka dengan rakyat.
 
 
 

Lihat Komen
ADS