Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas dikritik kerana didakwa menggelar orang bukan Melayu “angkuh”, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata ucapannya itu dipetik “di luar konteks”.

Malah, semakan Malaysiakini terhadap transkrip audio menunjukkan beliau tidak menyebut perkataan itu.

Beliau juga tidak jelas merujuk kepada mana-mana pihak apabila berkata “kita telah benarkan orang berhutang dengan kita tanpa perlu membayar” dalam ucapannya di perhimpunan agung tahunan Umno Segambut.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Ketua Umno Segambut Kamaruddin Embok dalam acara sama yang menyelar “bukan bumiputera” sebagai “biadap” terhadap orang Melayu dan Islam.

“Apa yang telah dilontarkan oleh saudara Kamarruddin tadi adalah sesuatu yang datang daripada hati akar umbi, ahli-ahli Umno di seluruh negara," katanya.

Katanya, apa yang disebut oleh Kamaruddin berdasarkan kepada hanya sebahagian kecil daripada banyak berita yang menghina bukan sahaja Umno, tetapi juga menghina orang Melayu dan Islam.

"Penghinaan ini berterusan. Atas nama demokrasi, atas nama dasar terkebukaan, atas nama liberasasi, atas nama globalisasi," kata Zahid dalam ucapannya, yang didakwanya telah disalahtafsir oleh The Sun.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS