'PAS kiamat jika kerjasama dengan Umno'

   

Cakap-cakap berhubung kerjasama PAS dan Umno kini membimbangkan pemimpin parti Islam itu.

Tanpa bersembunyi, anggota jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad memberikan amaran supaya perkara itu tidak berlaku kerana “kiamat jika PAS bekerjasama dengan Umno”.

Katanya, tiada sebarang kemungkinan untuk bekerjasama dengan parti lawan itu atau mana-mana blok ketuanan Melayu kerana “ia bukan cara negara ini untuk membangun”.

“Ia bertentangan dengan perkara pokok pentadbiran dan kerajaan seperti disebut dalam al-Quran, yang dipegang PAS selama ini.

“(Kerjasama dengan Umno) seolah-olah datangnya hari kiamat,” katanya kepada Malaysiakini .

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda