Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kementerian Pendidikan mengenal pasati beberapa individu yang disyaki bertanggungjawab ke atas kebocoran kertas ujian Sains dan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata pasukannya mengenal pasti individu tersebut, namun enggan mendedahkan lokasi yang menjadi tumpuan siasatan kerana bimbang akan menjejaskan tindakannya.

Katanya, kementerian itu kini bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM.

“Kami diberitahu bahawa mereka sudah mengenalpasti beberapa individu yang mungkin bertanggungjawab,” katanya dalam satu sidang media pagi ini.

Idris berkata beliau percaya individu yang bertanggungjawab akan ditahan tidak lama lagi.

"Kami akan temui pengkhianat itu, dan saya percaya hukuman maksimum akan dikenakan ke atas pihak bertanggungjawab,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas hukuman maksimum yang akan dikenakan kerana ia bergantung pada bentuk kesalahan yang dilakukan.

Beliau juga tidak mendedahkan sama ada suspek tersebut merupakan kakitangan kementeriannya.

“Saya tidakboleh cakap apa-apa sehingga siasatan itu lengkap,” kata Idris lagi.

Sementara itu, laporan Utusan Malaysia Online menyebut, polis merakam kenyataan tiga orang penjawat awam berhubung kes tersebut.

Seorang daripadanya saksi berkenaan adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Johor.

Laporan itu memetik kenyataan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS