Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin DAP, PKR hadir sokong parti arak
Diterbitkan:  Oct 11, 2014 10:32 AM
Dikemaskini: 2:41 AM

Segerombolan pemimpin kanan DAP dan PKR muncul untuk memberi sokongan kepada penganjur parti arak Oktoberfest, yang terpaksa memindahkan upacara tersebut ke lokasi tertutup.

Menurut MP Kelana Jaya, Wong Chen, gerombolan itu diketuai penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tiba seawal jam 9 malam di pusat membeli-belah 1Utama, Petaling Jaya bagi menyertai parti berkenaan.

Turut hadir ialah setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, ADUN Bukit Gasing R Rajiv dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Wong Chen berkata beliau hadir ke program tersebut bersama penasihat undang-undang PKR, R Sivarasa demi mempertahankan hak orang yang minum alkohol.

“Saya bukan seornag peminuum tapi saya percaya pada hak orang yang minum dan tidak minum. Cuma, jangan memaksa niat anda pada orang lain.

“Untuk peminum, anda ada satu lagi tanggungjawab untuk tidak memandu dalam keadaan mabuk,”

Penganjurnya Carlsberg Malaysia terpaksa memindahkan acara tiga hari tu ke kawasan letak kereta bertingkat, selari dengan arahan Menteri Besar, Azmin Ali agar acara itu diadakan mengikut peraturan.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengarahkan acara berkenaan dijalankan di lokasi tertutup, susulan bantahan oleh pemimpin Umno dan PAS.

Penganjur turut menegaskan bahawa acara berkenaan "khusus untuk pengguna bukan Islam berusia 18 tahun ke atas".

Lihat Komen
ADS