Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LFL kritik undang-undang solat Jumaat
Diterbitkan:  Oct 20, 2014 3:14 PM
Dikemaskini: 10:10 AM

Tindakan Kelantan untuk menguatkuasakan kewajipan bersolat Jumaat akan memberikan kesan serius, kata kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL).

Kumpulan itu menyamakannya seperti tindakan meletakkan orang Islam bawah “kediaman terhad, seperti penjenayah berat”.

Menurut LFL lagi, tindakan kerajaan PAS negeri untuk mengenakan tindakan terhadap orang Islam yang gagal hadir tiga kali solat Jumaat berturut-turut, bertentangan dengan perlembagaan.

“Kesan serius daripada undang-undang yang berlebihan untuk menguatkuasakannya terhadap kepercayaan peribadi tidak boleh dipandang ringan,” kata LFL.

“Peruntukan ini secara berkesan meletakkan orang Islam bawah kediaman terhadap, seperti penjenayah berat, kerana mereka perlu 'melapor' kepada majlis setempat setiap Jumaat, kegagalannya menjadi kesalahan jenayah.”

LFL mendakwa ia melanggar Perkara 5 perlembagaan berkaitan kebebasan individu, Perkara 8 berhubung undang-undang sama rata dan Perkara 9 berkaitan kebebasan bergera dan Perkara 11 berkaitan kebebasan beragama.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS