Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO protes rancangan bina gereja di Bdr Sunway
Diterbitkan:  Nov 2, 2014 5:00 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Sekumpulan gabungan NGO hari ini membantah rancangan pembinaan sebuah gereja di Bandar Sunway, Petaling Jaya, yang menurut mereka kawasan itu didiami ramai orang Melayu beragama Islam.

Pengerusi Bantahan Pembinaan Gereja PJS 8, Ishak Maarof berkata, rancangan pembinaan gereja itu tidak sesuai memandangkan majoriti kawasan itu didiami kira-kira 70 peratus penduduk Melayu-Islam.

Beliau yang mengetuai kira-kira 50 penduduk dan aktivis dalam protes itu hari ini, meminta pihak berkuasa tempatan lokasi pembinaannya diubah ke tempat lebih sesuai.

"Kami penduduk sini memang membantah pembinaan gereja di kawasan ini kerana majoriti penduduk di sini 70 peratus orang Islam. Kami tak membantah pembinaan gereja cuma kawasannya tidak bersesuaian.

"Kita rasa pihak PBT (pihak berkuasa tempatan) kena cari kawasan yang lebih sesuai untuk penganut agama Kristian. Kita fikir, ini merupakan satu penghinaan jika mendirikan gereja setinggi empat tingkat di kawasan Melayu Islam," katanya dipetik sebagai berkata oleh KiniTV.

Antara NGO yang membantah ialah Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS