Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek loji rawatan air Langat 15% siap
Diterbitkan:  Nov 24, 2014 3:41 PM
Dikemaskini: 8:45 AM

Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) kini sudah mencapai 15 peratus pembinaan dan dijangka siap pada 30 April 2017.
 
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia berdasarkan kemajuan projek setakat 31 Oktober lalu yang memakan masa 36 bulan untuk disiapkan.
 
"Pada masa ini kerja-kerja tanah sedang giat dilaksanakan oleh pihak kontraktor," katanya menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang ingin tahu sejauh mana kemajuan projek LRAL2 bagi mengatasi krisis air di Selangor.
 
Mahdzir berkata melalui projek tersebut, bekalan air terawat dijangka dapat disalurkan kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada suku kedua 2017.
 
Beliau juga berkata Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) yang berupaya membekal air mentah sehingga 1,890 juta liter sehari dijangka siap penghujung tahun ini.
 
"Projek ini telah mencapai 98.4 peratus sehingga 31 Oktober lepas. Komponen Muka Sauk, Stesen Pam Semantan dan komponen Saluran Paip Berkembar telah siap sepenuhnya pada 30 Mei lalu.
 
"Bagi Komponen Empangan Kelau, kemajuan pelaksanaan projek adalah 85.7 peratus dan komponen Terowong Penyaluran Air adalah 98.7 peratus," katanya.
 
- Bernama

Lihat Komen
ADS