Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini Wakil Umno Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan "sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN" di Pulau Pinang.

Oleh itu, penguatkuasaan perlu ditingkatkan bagi membanteras kegiatan berkenaan, katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno 2014 hari ini.

"Kita tahu kekuatan orang Cina dijana dari kekayaan bersumberkan kegiatan haram, perjudian, pelacuran.

"Tetapi di mana tindakan penguatkuasaan kita?

"Saya percaya kalau kita bersungguh basmi kegiatan haram ini, orang Cina di Pulau Pinang juga akan takut dan hormat pada Melayu," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh itu.

Menurutnya, Umno di Pulau Pinang sebenarnya kuat dan "memerintah dua pertiga negeri itu" kerana ia menang 10 daripada 15 kerusi DUN yang ditandingi dalam pilihan raya umum lalu.

Umno juga memenangi tiga daripada lima kerusi Parlimen yang ditandingi, namun BN masih gagal menguasai Pulau Pinang kerana pengundi Cina tidak menyokong BN.

"Umno ini dua pertiga sudah memerintah Pulau Pinang... Bertandinglah macam mana pun BN tidak akan menang kerana orang Cina tidak menyokong BN," katanya.

Lihat Komen
ADS