Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang ragui Pakatan bertahan hingga PRU14
Diterbitkan:  Dec 8, 2014 3:57 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata beliau tidak pasti sama ada Pakatan Rakyat akan terus bertahan sehingga pilihan raya umum ke-14 ketika keretakan gabungan itu terus diperkatakan.

Beliau mengakui terdapat perkara tidak kena apabila mereka tidak bermesyuarat hampir setengah tahun.

“Jika kamu tanya sama ada ada saya boleh dengan pasti berkata Pakatan ketiga-tiga parti akan tetap ada untuk berjuang dalam pilihan raya umum ke-14, saya tidak dapat jawab kerana saya tidak tahu.

“Bukan lagi rahsia bahawa Pakatan tidak berjalan dengan baik, dan ini sebabnya kenapa Majlis Presiden Pakatan tidak dapat bermesyuarat lebih enam bulan untuk memastikan kerangka dasar bersama dan prinsip disepakati...

“Inilah dua prasyarat utama untuk menyelamatkan Pakatan dan mengembalikan keyakinan awam padanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kit Siang sebelum ini tidak terlibat dalam pertelingkahan ketika setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang juga anaknya, mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana gagal hadir ke mesyuarat Pakatan akhir-akhir ini.

Di tengah-tengah desakan itu, Hadi berkata, terpulanglah pada beliau untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan dan tidak perlu diminta.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS