Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di negeri itu.

Anwar berkata, kenyataan Lim itu tidak ada salahnya kerana terdapat alasan yang menyebabkan pendirian itu diambil.

Anwar berkata, sarjana terkemuka Islam, termasuk Dr Sheikh Yusof Qardawi, sudah menyatakan keterbukaan mereka terhadap penggunaan kalimah itu di kalangan bukan Islam.

Anwar berkata demikian ketika ditemui di luar mahkamah selepas hadir kes saman RM100 juta antara beliau dan Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman.

Ketua polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi semalam berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Lim selepas menerima laporan polis daripada Pemuda Umno Bukit Mertajam.

Siasatan dijalankan di bawah Kertas Enkuari Polis (KEP).

Lim dilaporkan memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Ketua Menteri dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam, kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS