Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA bimbang hudud undang 'aparteid'
Diterbitkan:  Dec 23, 2014 5:51 PM
Dikemaskini: 1:10 PM

MCA Kelantan melahirkan kebimbangan sekiranya pelaksanaan hukuman hudud akan menyebabkan berlaku sistem ala-aparteid di Kelantan, seperti yang diamalkan di Afrika Selatan pada tahun 1960-an.

Setiausaha Badan Perhubungan Negeri MCA Lua Choon Han bagaimanapun berkata, beliau merujuk kepada jurang antara agama yang akan timbul apabila undang-undang hudud dikuatkuasakan ke atas orang Islam.

Selain itu, Lua berkata, hudud juga akan menimbulkan kekeliruan ke atas sistem perundangan di negara ini.

"Pelaksanaan undang-undang hudud hanya akan terus mengasingkan golongan Muslim daripada golongan bukan Muslim dengan undang-undang yang berbeza dan orang yang berlainan.

"Malah, ia boleh dianggap sebagai satu bentuk aparteid sama seperti Afrika Selatan pada tahun 1960-an kecuali perkara ini (hudud) mengenai agama dan bukan bangsa," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam wawancara bersama Malaysiakini yang berikrar bahawa negeri itu tidak akan keterlaluan dalam melaksanakan hudud.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS