Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan sehingga kini, jumlah angka korban banjir adalah 21 orang.

Manakala sepuluh orang lagi masih hilang di seluruh negara.

Kelantan, menurutnya, mencatatkan angka tertinggi iaitu 14 kematian dan empat masih hilang.

Terengganu mencatat empat kematian dan lima masih belum ditemui.

Di Pahang pula, tiga maut dan seorang masih hilang.

Sementara itu, ketika ditanya  mengenai sebaran video sebuah kedai serbaneka di Kelantan dipecah masuk pencuri kerana kelaparan, Khalid berkata, tindakan tetap akan diambil kerana mereka telah melanggar undang-undang.

 
“Itu kena lihat faktor (pesalah) dia terlebih dahulu, tapi kesalahan tetap kesalahan, mencuri, memecah kedai tetapi saya pulangkan kepada mahkamah untuk memutuskan hukuman tersebut.
 
“Kita akan ambil tindakan kerana undang-undang telah dilanggar,” katanya ketika ditemui selepas majlis sumbangan bantuan banjir di ibunegara hari ini.

 

Katanya, pihak polis akan membuat tangkapan terhadap pesalah yang mengambil kesempatan ketika bencana alam dengan mencuri dan memecah kedai.
 
“Kejadian pecah rumah, (pecah) kedai dan mengambil barang yang bukan hak dia telah berlaku, jadi tindakan seperti biasa telah dibuat jadi terpulang pada mahkamah,” tambahnya.

Mengenai kejadian letupan bom di Gurun, beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

“Tanyalah Ketua Polis kedah, beliau sudah cakap semuanya jadi apa yang saya nak ulas lagi.

“Sekarang siasatan telah berjalan jadi nanti kita lihat lah sama ada pihak yang cuai dan apa juga, biar siasatan dahulu,” katanya.

 

Lihat Komen
ADS