Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jakarta gantung laluan Surabaya-S'pura
Diterbitkan:  Jan 3, 2015 2:54 PM
Dikemaskini: 7:13 AM

Kementerian Hubungan Indonesia (Kemenhub) lewat malam tadi mengumumkan bahawa laluan penerbangan Surabaya-Singapura digantung.

Tindakan itu dibuat kerana pelanggaran perjanjian oleh AirAsia, lapor Channel News Asia.

Menurut saluran televisyen itu, AirAsia Indonesia hanya dibenarkan menggunakan laluan itu pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Namun, ia dikesan turut berbuat demikian pada hari Ahad.

Penerbangan AirAsia QZ8501 yang membawa 155 orang penumpang dan tujuh anak kapal terhempas di laut Kalimantan pada hari Ahad lalu selepas berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi waktu tempatan.

Usaha mencari dan menyelamat kini bertumpu kepada mencari mayat dan serpihan pesawat di laut.

 

Lihat Komen
ADS