Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli akademik tolak larangan berpolitik UM
Diterbitkan:  Jan 8, 2015 9:31 PM
Dikemaskini: 1:40 PM

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) berikrar untuk menentang larangan pusat pengajian tinggi itu supaya kakitangannya tidak terlibat dalam penganjuran program politik.

PKAUM dalam kenyataannya berkata larangan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun.

“Justeru, sebarang perlanggaran terhadap sebarang hak kakitangan UM mesti ditentang oleh kesatuan atas alasan tindakan universiti harus terikat oleh batasan dan perlindungan yang dinyatakan dalam perlembagaan,” kata Presiden PKAUM Azmin Sharom.

Malaysiakini siang tadi melaporkan, ketika kerancakan kembali kegiatan mahasiswa di UM, kakitangan universiti itu bagaimanapun kini dilarang menganjurkan sebarang kegiatan politik.

Menurut surat larangan itu, yang dimuat naik ke Internet oleh seorang pensyarah, larangan itu berkuat kuasa ketika cuti pengajian, percutian atau ketika hadir seminar di dalam dan luar negara.

Surat daripada pendaftar itu juga menyebut bahawa UM memandang serius tingkah laku yang “tidak menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat serta patuh kepada undang-undang”.

Lihat Komen
ADS