Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Rekod telefon bekas anggota pasukan elit polis Azilah Hadri juga kegagalan rakannya, Sirul Azhar Umar untuk menjelaskan penemuan barang kemas milik Altantuya Shaariibuu dalam satu jaket di kediamannya membawa kepada sabitan dan hukuman mati ke atas mereka.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria secara sebulat suara mendapati kedua-duanya bersalah dan membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengenepikan pembebasan mereka oleh Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, yang menulis penghakiman majoriti itu berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan membuktikan elemen niat bersama.

"Penemuan lokasi di tempat jenayah dan juga barangan tertentu milik si mati ditemui berdasarkan maklumat daripada responden (Azilah dan Sirul).

"Memandangkan log panggilan Azilah menyatakan bahawa beliau membuat panggilan dari tempat jenayah, alasan alibi beliau tidak dapat dipertahankan.

“Tiada keterangan yang boleh menunjukkan bahawa beliau berada di Bukit Aman atau Wangsa Maju pada masa tersebut, kata hakim tersebut.

"Kenyataan yang dibuat oleh Sirul juga tidak dianggap penting, bukan kerana ia tidak dibuat dengan bersumpah tetapi kerana ceritanya tidak konsisten.

“Dengan penemuan barangan si mati seperti selipar dengan kesan darah di dalam keretanya, barang kemas milik si mati dalam rumahnya, malah keretanya dikesan di plaza (tol) Kota Damansara menuju Puncak Alam secara keseluruhannya menafikan kenyataan dengan tidak mengangkat sumpah bahawa penglibatannya berakhir di luar rumah Abdul Razak Baginda,” kata hakim tersebut.

Hakim Suriyadi berkata, terdapat banyak bukti yang dikemukakan oleh pendakwaa.

Azilah dalam alibinya menyatakan bahawa beliau berada di Bukit Aman seperti yang ditunjukkan dalam diari balai polis dan kemudiannya makan malam bersama teman wanitanya di Wangsa Maju.

Bagaimanapun, bekas teman wanita Azilah itu tidak dipanggil untuk memberi keterangan pembelaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS