Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Remaja yatim piatu maut dibelasah
Diterbitkan:  Jan 22, 2015 10:55 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Mayat remaja lelaki ditemui dengan kesan lebam dan berbirat di seluruh badan dipercayai akibat dibelasah di premis mencuci kenderaan di Lebuh Carnarvon, Georgetown malam tadi.  

Muneeswaran, 16, anak yatim piatu bekerja di premis berkenaan dan dikatakan telah mencuri sesuatu daripada majikannya.

Mayatnya ditemui di premis berkenaan pada pukul 7.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Datuk Mazlan Kesah berkata polis sedang menyiasat berapa lama remaja itu telah bekerja di situ kerana mangsa masih di bawah jagaan sebuah rumah anak yatim persendirian di Jalan Scotland.

"Polis percaya lebih dari dua suspek terlibat dan kami turut menemui kerusi plastik yang telah patah dan kabel elektrik sepanjang 0.9 meter dipercayai digunakan untuk memukul mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi balai polis berdekatan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS