Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan kes Liwat II Anwar diumum 10 Feb
Diterbitkan:  Jan 26, 2015 12:38 PM
Dikemaskini: 5:52 AM

Keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Perkara itu diumumkan oleh laman blog mikro Twitter kehakiman Malaysia, yang dikelolakan oleh Mahkamah Persekutuan.

Decision of DSAI v PP at Federal Court fixed on February 10, 2015 at 9.00 am

— Malaysian Judiciary (@MYJudiciary) January 26, 2015

Anwar, 67, sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi pasukan pendakwaan merayu hukuman lebih berat dikenakan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Keseluruhan 27 orang saksi pendakwaan dan lapan saksi pembelaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang mengambil masa hampir tiga tahun itu.

Mahkamah Tinggi pada 2012 membebaskan Anwar selepas hakim mendapati tidak selamat untuk sabitan dibuat ekoran kemungkinan sampel daripada Saiful tercemar.

Bagaimanapun, beberapa hari sebelum beliau dijadual bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang pada Januari tahun lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan Anwar bersalah.

Lihat Komen
ADS