Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hubungan PAS dan DAP mungkin menjadi lebih buruk sekiranya pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan atas kesalahan liwat pada 10 Februari ini.
 
Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon (kanan) berkata demikian ketika 
diminta mengulas mengenai kemungkinan wujud kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS.
 
Beliau ditemui pemberita di persidangan anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) hari ini.
 
"Ia berlaku sebelum ini (kerajaan perpaduan) dan ia boleh berlaku lagi.
 
"Mengapa tidak? Politik adalah dinamik, tetapi halangan sekarang ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menyokongnya (kerajaan perpaduan)."
 
Tetapi, katanya, jika Anwar dipenjarakan, Pakatan akan kehilangan salah seorang daripada orang penting yang boleh membawa bersama parti-parti dalam gabungan itu.
 
"PAS dan DAP mungkin berpecah dan kita mungkin menyaksikan Umno dan PAS membentuk gabungan lain di Kelantan," kata Chong.
 
 

Lihat Komen
ADS