Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kucing 'zombie' pulang ke rumah tuannya
Diterbitkan:  Jan 28, 2015 12:21 PM
Dikemaskini: 6:34 AM

Cukup mengejutkan dan tuannya kelu apabila seekor kucing di Florida yang dilanggarkan sebuah kereta, dan dikebumikan kemudiannya, bangkit semula dari kuburnya.

Pemilik kucing berusia 23 bulan itu, Ellis Hutson, berkata tubuh Brat (nama kucing) - dijumpai di tengah jalan dan berlumuran darah selepas terlibat dalam insiden itu dua minggu lalu, lapor portal berita ABC news.

Dalam laporan itu, Hutson berkata beliau menyuruh rakannya mengebumikan Brat selepas tukang kebunnya amat sedih selepas kehilangan Brat yang dimanjai sejak kecil.

"Kami cukup rapat, saya tidak sanggup untuk mengebumikannya. Saya letaknya ditepi jalan dan pergi mendapatkan David (kawan).

"Dia menggali lubang dan kambus kucing itu dengan tanah. Saya sendiri menyaksikan dia mengebumikan kucing itu," katanya dilapor portal berita itu pada Rabu.

Bagaimanapun lima hari lalu, Brat muncul di rumah jirannya dalam keadaan lemah, dehidrasi dan memerlukan rawatan rapi kerana rahangnya pecah, muka serta matanya cedera parah.

"Saya  membuka pintu dan jiran saya berdiri di depan sambil memegang kucing itu dalam pelukannya," katanya Hutson.

"Dia (jiran), Bart tak mati. Saya kata itu tidak mungkin. Kami telah mengebumikannya," katanya lagi dalam laporan itu.

Brat telah menjalani pembedahan di klinik veterinar Humane Society untuk membetulkan rahang dan mengeluarkan matanya dan dijangka pulih dan pulang ke rumah selepas beberapa hari.

Lihat Komen
ADS