Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi mahu dedah aset di lobi Parlimen
Diterbitkan:  Mar 5, 2015 2:55 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

Rafizi Ramli, pemimpin PKR yang terkenal dengan pembongkaran isu-isu penyelewengan kerajaan, akan mendedahkan asetnya di lobi Parlimen minggu depan.

Akuan bersumpah kedudukan harta, termasuk pendapatan dan hutangnya, akan diedarkan Selasa ini, minggu pertama sidang Dewan Rakyat sesi Mac.

Pengisytiharan harta itu sebagai menjawab cabaran ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (right) , yang mendesak Pakatan Rakyat berbuat demikian sebelum mengkritik kekayaan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Setelah membuat pengisytiharan tersebut, saya sangatlah berharap agar Syed Ali tidak lagi memberi alasan dan (akan) memimpin kempen dalaman Umno supaya semua pimpinannya bertaraf menteri ke atas membuat pengisytiharan yang sama," kata Rafizi.

"Jika saya yang hanya seorang ahli Parlimen biasa boleh membuat pengisytiharan harta yang terbuka sebegitu, anggota-anggota jemaah menteri yang mempunyai kuasa dan boleh menggunakan kedudukan untuk mengumpul harta perlulah membuat pengisytiharan harta juga."

Selalu lalu, Syed Ali menempelak pemimpin-pemimpin Pakatan yang mengkritik kekayaan Najib tetapi mereka sendiri berdiam diri terhadap sumber kekayaan mereka.

Dalam kenyataan di blognya, pemimpin Umno itu mengungkit harta Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan isterinya yang didakwanya "memiliki aset yang meragukan".

Syed Ali bagaimanapun tidak menghuraikan kekayaan yang didakwanya meragukan.

Lihat Komen
ADS