Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'TPM jangan berganjak atau hilang wibawa'
Diterbitkan:  Mar 12, 2015 3:52 PM
Dikemaskini: 9:03 AM

Minggu lalu, timbalan perdana menteri menarik perhatian umum apabila mengeluarkan kenyataan yang kelihatan seperti bercanggah dengan bosnya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun beliau telah menafikannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan satu pendirian yang jelas - kerajaan tidak sepatutnya menyelamatkan firma yang sedang tenat itu.

Hari ini, kerajaan mengumumkan bahawa ia menyediakan RM950 juta "kredit tunggu sedia" untuk 1MDB.

Mengulas perkara tersebut, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata reputasi Muhyiddin boleh terjejas jika beliau berganjak daripada pendirian tegasnya itu.

"Muhyiddin perlu tetap dengan pendiriannya itu, atau beliau akan dilihat sebagai tidak berwibawa," katanya kepada Malaysiakini.

DPM ada ramai penyokong

Bekas ketua pengarang kumpulan News Straits Times itu berkata ramai dalam Umno yang menyokong timbalan perdana menteri dalam isu tersebut.

"Bukan sahaja dalam Umno, tetapi ramai rakyat Malaysia secara umumnya juga di belakangnya kerana mereka mahu tahu kebenaran.

"Jika beliau berganjak daripada pendiriannya itu, maka beliau akan mengecewakan ramai orang," katanya.

Ditanya sama ada Muhyiddin harus mempertahankan sikapnya, Kadir menjawab bahawa semua orang harus bersikap sedemikian kerana 1MDB adalah syarikat milik kerajaan.

Mengenai sama ada kemungkinan kedudukan Najib dicabar dalam pemilihan Umno tahun depan, Kadir menjawab: "Kita tidak pasti sama ada pemilihan parti itu ada nanti."

Beliau berkata Umno sering menangguhkan pemilihan parti itu apabila ia hampir dengan pilihan raya umum.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS