Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Satu bantahan berlaku di Kompleks Kastan Kelana Jaya kerana para aktivis yang diketuai Parti Sosialis Malaysia (PSM) menuntut jawapan berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Sejumlah 100 aktivis menyerbu masuk ke dalam kompleks itu pada 11.15 pagi, dengan 106 soalan berhubung polisi cukai baru itu, dan menuntut ia dimansuhkan atau ditangguh jika pihak berkuasa itu gagal menjawabnya.

Mereka dihalang di kaunter informasi luar kompleks itu oleh anggota polis yang kemudiannya bersama pasukan Light Strike Force (LSF) daripada sekurang-kurangnya tiga daerah dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang menjadikan jumlah seramai 60 orang.

Dalam perbincangan polis dan Setiausha Agung PSM S Arutchelvan, pihak polis berjanji untuk membawa ketua pengarah kastam untuk berbincang dengan kumpulan itu, tetapi dengan syarat para peserta menunggu di luar pintu pagar kompleks itu.

PSM menolak cadangan itu tetapi kedua-dua setuju berkompromi di mana peserta boleh menunggu berdekatan dengan koridor kompleks itu.

Situasi kini tenang sekalipun terdapat sedikit pergelutan apabila kumpulan itu dihalang di luar kaunter informasi itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS