Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
7-Eleven minta maaf salah kenakan GST
Diterbitkan:  Apr 1, 2015 10:20 PM
Dikemaskini: 2:30 PM

Rangkaian kedai runcit 24 jam paling terkenal di Malaysia 7-Eleven meminta maaf kerana tersilap mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk jualan akhbar.

Menulis di Facebook, 7-Eleven menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan.

“Sejurus sahaja kesilapan sistem itu diketahui kami terus ambil tindakan dengan menarik balik produk ini daripada jualan supaya tidak menyusahkan pelanggan.

“Bagaimanapun kami faham bahawa insiden itu menyebabkan kekecewaan kepada pelanggan kami dan oleh itu kami dengan ikhlas memohon maaf,” kata 7-Eleven.

Rangkaian kedai runcit itu berkata masalah sistem sudah berjaya ditangani dan harga baru akan dilaksanakan secepat mungkin.

7-Eleven juga berkata mereka tidak akan menjual barang-barang lain terjejas sehingga masalah sistem ditangani sepenuhnya.

Beberapa pengadu memuat naik gambar di media sosial hari ini, mendakwa mereka dikenakan GST untuk pembelian akhbar.

Selain 7-Eleven, KK Super Mart juga berdepan dakwaan sama.

Menulis di Facebook, KK Super Mart menyeru pengguna yang tersilap dikenakan GST agar kembali menuntut balik bayaran itu.

'Kedai kenakan GST pada barang dikecuali'

Lihat Komen
ADS