Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TMB: Amanat Nik Aziz mahu PAS, Umno berbaik
Diterbitkan:  Apr 3, 2015 11:29 AM
Dikemaskini: 11:12 AM

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan amanat terakhir bekas mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno.

Mohd Amar berkata bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, lapor Berita Harian hari ini.

"Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAs sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

"Kenapa isu ini perlu dibangkitkaan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan Persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga hubungan itu sudah terjalin.

"Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi tidak perlu pertikai isu hubungan baik PAS dengan kerajaan persekutuan, sebaliknya memberi keyakinan kepada pimpinan PAS kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu menyebut Mohd Amar berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di depan kira-kira 3,000 hadirin dalam Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah  Islamiyah di Pengkalan Chepa malam kelmarin.

Lihat Komen
ADS