Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Nanti PAS 'ekstrim' mungkin anggap Pakatan haram'
Diterbitkan:  Apr 25, 2015 8:47 PM
Dikemaskini: 3:51 PM

Ahli jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mengulangi amarannya terhadap unsur-unsur "ekstrim" dalam PAS yang menjadi ancaman kepada gabungan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, sekiranya sikap seperti ini diberikan mandat di peringkat PAS Pusat, maka mungkin akan difatwakan bahawa “PAS haram bersama Pakatan kerana Pakatan tolak hudud”

"...Sepertimana difatwakan “haram mengundi orang yang tolak hudud”," tulis Khalid dalam blognya malam tadi.

Khalid merujuk kepada satu kenyataan seorang pemimpin PAS Permatang Pauh baru-baru ini bahawa haram dan berdosa mengundi mereka yang menolak hudud.

Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam, berkata PAS 'ekstrim' sentiasa bersedia untuk mengakui keikhlasan Umno dan BN, sehingga mereka berkata keikhlasan Umno tidak patut dipersoalkan.

"Pada masa sama mereka sentiasa bersedia mempersoalkan keikhlasan PKR dan ‘alasan’ yang diberi PKR (menolak hudud).

"Maka sedikit demi sedikit akan mereka dekatkan PAS dengan Umno," katanya.

Keputusan Kelantan PAS membentangkan enakmen hudud baru-baru ini telah mencetuskan perselisihan di antara parti Islam itu dengan rakannya dalam Pakatan, PKR dan DAP.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS