Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di ibu negara bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang lain pula keadaannya.

Walaupun pemimpin Pakatan di peringkat atasan mengatakan masalah dalaman di Permatang Pauh telah selesai, di peringkat bawahan perasaan tidak puas hati ternyata masih ada,

S ekumpulan anggota PAS cawangan Bagan, di Kampung Pertama, hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan sayap pemudanya AMK berkaitan hudud.

Dalam perhimpunan ringkas itu, mereka juga menggesa PKR menyatakan pendirian sama ada akan menyokong rang rang undang-undang persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Peserta himpunan yang dihadiri kira-kira 20 orang itu turut membawa sepanduk yang antaranya betulis "DAP jangan biadap", "hudud hukum Allah" dan "kami sokong tok guru presiden".

Mereka juga melaungkan takbir serta "hidup PAS" dan "hancur PKR".

Selain itu, himpunan itu juga bertujuan menyelar tindakan DAP yang sering mengkritik pelaksanaan hudud.

Himpunan yang bermula pada jam 2.15 petang itu diadakan di hadapan Masjid Batu Kampung Pertama.

Lihat Komen
ADS