Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR teliti syor wakil rakyat perlu kepujian BM
Diterbitkan:  May 3, 2015 7:35 PM
Dikemaskini: 11:37 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti cadangan bagi mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata cadangan itu perlu diteliti dari segi kesesuaian pelaksanaannya.

    

"Dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang SPR, tidak ada peruntukan yang mensyaratkan calon pilihan raya perlu lulus kepujian Bahasa Melayu," katanya kepada Bernama.

    

Beliau mengulas cadangan ahli akademik Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sebelum ini yang mahu SPR mensyaratkan mereka yang mahu menjadi wakil rakyat bagi peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, perlu sekurang-kurangnya mendapat kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.  

    

Mohd Ridhuan Tee turut mencadangkan agar wakil rakyat ditemuduga mengenai penguasaan Bahasa Melayu dan sejarah kenegaraan sebelum dibenarkan bertanding.

 

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dilapor sebagai berkata cadangan itu perlu disokong kerana setiap pemimpin di negara ini perlu mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS