Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tak perlu tangkap, gari, demonstran antisalib'
Diterbitkan:  May 19, 2015 11:25 AM
Dikemaskini: 4:46 AM

Abang ketua polis negara dan penunjuk perasaan membantah penggunaan salib di sebuah gereja di Petaling Jaya tidak perlu ditangkap, direman atau digari kerana telah memberikan kenyataan penuh kepada pihak berkuasa.

“Tiada tangkapan dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan tersebut memandang kesemua mereka yang diarahkan hadir ke balai polis hadir memberikan ketengan penuh, maka tiada keperluan untuk ditahan reman, digari dan ditahan bagi melengkapkan siasatan,” kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kementerian menjelaskan perkara itu dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Parlimen hari ini.

Setiausaha agung DAP itu mahukan menteri dalam negeri menyatakan sebab tindakan sama tidak dikenakan terhadap kumpulan itu, seperti dilakukan kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan wartawan The Malaysian Insider (TMI) sebelum ini.

Beberapa wartawan TMI sebelum ini bermalam di lokap ibu pejabat polis daerah Dang Wangi selepas kontroversi laporan berkaitan majlis raja-raja Melayu dan hudud.

Menyentuh perhimpunan 20 Mei di Medan Square Taman Medan 20 April lalu, kementerian menjelaskan bahawa kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 558/551 Kanun Keseksaan atas kerana cuba melakukan pencerobohan bangunan.

Kementerian juga menjelaskan kira-kira 40 orang hadir dalam perhimpunan itu selain menegaskan siasatan akan diambil tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik serta tanpa rasa takut dan memihak.

Lihat Komen
ADS