Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Desakan Suhaizan-Nik Abduh berdebat
Diterbitkan:  May 21, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:12 AM

Pemuda PAS Johor bersedia membuka gelanggang debat bagi dua calon ketua Pemuda PAS.

Penyandang jawatan itu, Suhaizan Kaiat dan lawannya, MP Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz diundang berdebat bagi mengemukakan visi dan misi masing-masing menjelang pemilihan bulan depan.

Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Johor Zul Hilmei Mohamad Rohani berkata mereka mahu kedua-dua calon menjelaskan pandangan berkaitan isu politik negara, terutamanya dalam isu berkaitan anak muda.

Katanya, perdebatan itu juga diharap dapat mengupas idea mereka bagaimana merealisasikan “dakwah Islam melalui politik”.

Menurut Zul Helmei lagi, surat undangan akan dihantar secepat mungkin.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan tempat dan tarikh debat itu dirancang.

Malaysiakini sedang mendapatkan kedua-dua calon bertanding berhubung cadangan itu.

Pemilihan Pemuda PAS akan berlangsung ketika muktamar PAS ke-61 di Shah Alam pada 2 dan 3 Jun ini.

Lihat Komen
ADS