Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

NGO pendesak Melayu mengesahkan akan menghadiri majlis perasmian pertubuhan 'Christian For Peace and Harmony in Malaysia (CPHM)' malam ini 'kerana menjunjung perlembagaan negara'.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, antara sebab beliau ‘terbuka’ untuk menghadiri majlis itu ialah kerana nama pertubuhan itu ‘aman’ dan ‘harmoni’, malah beliau menolak andaian pelbagai pihak yang menyatakan PERKASA anti agama lain.

“Pertubuhan itu nama 'peace and harmony' maksudnya cari keamanan, kedamaian antara agama, cuma penganjurnya Kristian, ia (pertubuhan ini) panggil semua agama. Jadi saya hadir kerana saya junjung perlembagaan negara.

“Selama ini orang tuduh PERKASA ini macam-macam, tapi kita tak pernah anti mana-mana pihak. Cuma kita pegang pada perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, seramai enam orang wakil PERKASA akan menghadiri perasmian pertubuhan tersebut..

Persatuan tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibunegara malam ini.

Ibrahim berkata, walaupun sebelum ini pihaknya ‘tegas’ dengan pelbagai isu yang melibatkan agama lain, namun semuanya kerana tindakan pihak berkenaan bertentangan dengan perlembagaan negara.

Perlembagaan negara, katanya, menyatakan Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain juga bebas berdasarkan undang-undang.

“Contoh ada kebebasan beragama tapi ada peraturan di mana orang bukan Islam tidak boleh berdakwah untuk memesongkan akidah orang Islam," katanya.

Ibrahim, ketika ditanya sama ada tetamu yang hadir merupakan pro-BN, berkata: “Saya tidak tahu mereka ni pro-BN atau tidak, sebab saya dijemput sebagai tetamu".

Lihat Komen
ADS