Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Akta Hasutan buat peniup api kebencian
Diterbitkan:  Jul 13, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bawah Akta Hasutan terhadap pohak yang menyebar mesej yang boleh mengancam keharmonian kaum.

Dalam perkara ini, beliau menggesa menteri dalam negeri dan juga menteri komunikasi dan multimedia untuk memantau situasi itu.

Beliau turut menyatakan kekesalan terhadap insiden ganas yang berlaku di luar Plaza Low Yat malam tadi bertukar menjadi isu kaum dalam media sosial.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencetuskan masalah.

"Setiap orang mesti berhenti sebar khabar angin dan ikuti kenyataan polis.

"Rakyat tidak sepatutnya menyebar atau mencetus kebencian kaum di internet atau aplikasi telefon bimbit," katanya dalam laman Facebook Cina yang dikenali Ah Jib Gor.

Bagaimanapun, semakan pada 5.10 petang ini, mendapati posting tersebut telah dibuang daripada laman Ah Jib Gor tanpa penjelasan diberikan.

Semalam beberapa individu termasuk tiga wartawan akhbar Cina cedera apabila seorang perusuh marah secara tiba-tiba menyerang di plaza itu berhubung pertikaian mengenai telefon bimbit yang dicuri.

 

Polis menahan 18 individu dan memberi jaminan bahawa kawasan Bukit Bintang selamat.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS