Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak pernah memberitahu Umno bahawa wang sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan untuk pilihan raya umum lalu, kata dua anggota Majlis Tertinggi Umno.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ahli Umno diberitahu bahawa wang itu digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya.

 

"Najib hanya berkata, wang itu bukan dari 1MDB dan beliau tidak pernah guna untuk kepentingan peribadi beliau. Saya dengar sendiri," kata Reezal yang juga MP Kepala Batas.

 

Turut bersetuju dengan beliau, Tajuddin pula mencabar Dr Mahathir untuk menyenaraikan butiran bahawa Najib didakwa mengaku wang 1MDB digunakan untuk pilihan raya.

 

"Bagaimana Mahathir tahu? Bila beliau bercakap dengan perdana menteri?" soal Tajuddin, timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.

 

"1MDB tidak pernah membiayai pilihan raya kami. Kami mempunyai sumber dana untuk parti," kata MP Pasir Salak tanpa mendedahkan dengan lebih lanjut.

Semalam Dr Mahathir mendakwa Umno diberitahu bahawa wang yang didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno seolah-olah berpuas hati,"  kata Dr Mahathir.

 

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS