Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak Seindah Wajah Mukhriz 'lain macam'
Diterbitkan:  Aug 9, 2015 4:52 PM
Dikemaskini: 3:28 PM

Cabang seni sekali lagi menjadi pilihan pemimpin Umno menyampaikan mesej kepada orang ramai secara berlapik.

Selepas Umno Parit Sulong memainkan klip video Gus Mus bersajak semalam, hari ini Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula menyanyi ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Subang.

Memilih lagu Tan Sri S M Salim, Menteri Besar Kedah itu mendapat tepukan dan siulan daripada perwakilan.

Lagu dinyanyikan Mukhriz berjudul Tak Seindah Wajah.

Kusangka aur di pinggir tebing

kiranya tebu di pinggir bibir

kusangka jujur pancaran batin

rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani

suci seindah wajah terbayang

kukira puji seikhlas budi

kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa

kail berduri bersalut umpan

di manis kata insan terlena

kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup

di pentas dunia insan berpura

tipu dan daya pencapai maksud

budi dan harta merangkum noda

Apabila tiba di baris "Kulupa lidah tidak bertulang" beliau berhenti seketika kerana orang ramai memberikan tepukan lebih gemuruh.

 

Datuk Mukhriz nyanyi lagu SM Salim masa merasmikan mesyuarat UMNO Subang sebentar tadi...aku dalam dewan terkejut gak sebab tak pernah dengar beliau menyanyi...tapi LIRIK lagu tu mmg lain macam;" kerana budi...hamba terkorban "

Posted by Syahril A. Kadir on Sunday, August 9, 2015

Beliau kemudian menamatkan ucapan dan merasmikan persidangan itu sejurus selepas menghabiskan lagu berkenaan.

Dalam keadaan biasa, tidakan Mukhriz itu boleh dianggap biasa, namun berdasarkan perkembangan yang berlaku ketika ini, ia sangat menarik perhatian.

Selain faktor bapa beliau menjadi pengkritik tegar kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Mukhriz sendiri adalah salah seorang tokoh Umno yang hadir ke rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari timbalan perdana menteri itu digugurkan daripada jawatannya.

Mukhriz juga ada bersama Muhyiddin ketika Timbalan Presiden Umno itu mendedahkan perbualan beliau dengan Najib berhubung dana dalam akaun persendirian perdana menteri.

Lihat Komen
ADS