Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ismail: Idea Muhyiddin tak berfaedah untuk Umno

Saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Najib Razak supaya mendedahkan sumber "derma" kontroversi RM2.6 bilion ke akaun bank persendirian perdana menteri itu tidak memberi faedah kepada Umno, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri dan masih Timblan Presiden Umno perlu sedar bahawa pendapat beliau tidak memberi kebaikan kepada parti.

Menurut Ismail, Muhyiddin sebelum ini berkata beliau akan terus menyokong Najib dan memperkukuhkan parti.

"Tetapi beliau harus tanya diri sendiri kenyataannya (mengenai derma itu) memberi manfaat kepada Umno atau pembangkang?" soal Ismail ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Pulau Pinang, hari ini.

Sebagai contoh, kata Ismail, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah mengambil tidakan undang-undang terhadap Najib berkaitan wang RM2.6bilion dan dia cuba mencabar kemenangan BN pada pilihan raya umum (PRU)  ke-13 lalu.

Dalam saman yang difailkan terhadap Najib dan 1MDB pada 12 Ogos lalu, PKR dan seorang ekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS mendakwa wujud amalan pengubahan wang haram, rasuah dan penipuan dalam PRU berkenaan.

"Jadi cadangan Muhyiddin mengenai penyumbang dan ke mana wang tersebut digunaka tidak memberi faedah kepada Umno sama sekali," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS